Saturday, April 19, 2008

Final Exam?

Pejam celik pejam celik... dah pun sampai hujung semester, cepat juga masa berlalu, pada hari esok, Isnin 21 April 2008, sudah ada dikalangan kita yang akan menduduki 1st paper.

So, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Final Exam kepada semua, semoga berjaya. Jangan terlalu banyak study time-time macam ni, kalau boleh just buat revision apa yang telah kita belajar sebelum ini. Jaga kesihatan sepanjang peperiksaan.

All the best and never give up!

Tuesday, April 15, 2008

Pesawat Pengangkut TUDM

(Photo Airbus Military A400M: http://www.airbusmilitary.com/)
(Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/TUDM)

TUDM sekarang ini mempunyai beberapa pesawat kategori pesawat pengangkut iaitu:

· 8 pesawat Hercules C-130-30 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM

· 2 pesawat Hercules C-130

· 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H

· 8 pesawat komunikasi Cessna 402B Pengangkutan Ringan

· 8 pesawat CN235-220M

· 2 pesawat VIP CN235-220M

· 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ

· 1 pesawat VIP Bombardier Global Express

· 1 pesawat VIP Bombardier CRJ-700 Regional Jet

· 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B

· 1 pesawat VIP F28-1000

TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut iaitu Airbus Military A400M.






























Panglima Angkatan Tentera Malaysia



JENERAL TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HJ ZAINAL

PGAT PSM PSAT SPMP SSAP SIMP SPTJ SPKK SPTS DSAP DIMP DHMS DGMK PAT JMN KAT AMN DPKT (Brunei) mpat psc MM (AIM) Manila


Dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26 Ogos 1951. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz bin Hj Zainal menamatkan Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1971. Ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Rejimen Ke-3 Askar Melayu Diraja selaku Ketua Platun pada 16 April 1971.


Telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz bin Hj Zainal telah menjawat beberapa jawatan Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Sumber Manusia di Sekolah Pengurusan Tentera Darat di Port Dickson. Beliau pernah bertugas selaku Pembantu Penasihat Pertahanan di Fillipina dari 1981 hingga 1983. Sekembali dari Fillipina, beliau telah ditugaskan selaku Pembantu Ketenteraan di Pejabat Panglima Angkatan Tentera.


Semasa berpangkat Kolonel, beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA). Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal adalah lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT). Dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral pada tahun 1997 dan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Tentera Darat. Beliau juga menjawat jawatan Panglima 4 Briged Mekanis dari 1998 hingga 2000, dan kemudiannya Ketua Staf Markas Tentera Darat sebelum dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan menjawat jawatan Panglima 3 Divisyen yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.


Sebelum dinaikkan ke pangkat Jeneral beliau adalah Panglima Medan Tentera Darat. Beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat sebagai Panglima pada 18 Ogos 2003. Setelah menerajui Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat selama lebih kurang setahun, beliau telah dinaikkan ke pangkat Jeneral, dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Tentera Darat mulai 9 September 2004. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal telah dilantik untuk memegang tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia iaitu selaku Panglima Angkatan Tentera pada 1 Feb 2007.Penglibatan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal di arena antarabangsa pula menyaksikan beliau berkhidmat di bawah Panji-panji NATO di Bosnia Herzegovina selaku Ketua Kontinjen Malaysia dari 1996 hingga 1997. Beliau juga pernah menghadiri beberapa kursus dan seminar di luar negara seperti Kursus Pengurusan Menembak di United Kingdom. Seminar Operasi Bantuan Keamanan di Victoria, British Colombia dan The Pacific Armies Management Seminar di Sydney, Tokyo dan Calgary. Pada tahun 1996, beliau telah mendapat Masters Degree in Management dari Asian Institute of Management, Manila.


Sebagai mengenang jasa dan penghargaan atas perkhidmatan cemerlang beliau kepada negara, beliau telah dianugerahi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dengan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimuliakan – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Seterusnya pada 24 Oktober 2004 beliau telah dianugerahi dengan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Dato’. Pada 17 April 2005, Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah telah menganugerahi beliau dengan Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK). Pada tanggal 19 Apr 2005, beliau telah dikurniakan pula dengan Darjah Seri Paduka Taming Sari (SPTS) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang membawa gelaran Dato’ Seri. Seterusnya pada tanggal 19 Jul 2005, beliau telah dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang membawa gelaran Dato’ Seri. Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia yang Ke-72, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII telah menganugerahi beliau Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) pada 15 Nov 2005. Pada tanggal 22 Januari 2006, beliau telah dianugerahi pingat Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Dato’ Paduka sempena Hari Ulang Tahun Kebawah DYMM Sultan Kedah yang Ke-78. Sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yand di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-63 pada 3 Jun 2006, Baginda telah berkenaan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) Yang Membawa Gelaran Tan Sri. Beliau Turut Dikurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (DPKT) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz bin Hj Zainal telah berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Hjh Rositah Binti Md Mawi dan dikurniakan empat orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Hobi beliau adalah bermain golf dan membaca.

Monday, April 14, 2008

Pendekar


Kereta kebal utama (MBT) PT91 yang diberi nama ‘Pendekar’ sedia beroperasi selepas upacara penamaannya oleh Panglima TD, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
(Sumber: Berita Harian)

Saturday, April 12, 2008

Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA 2007

Semasa melayari internet pagi tadi, saya terjumpa gambar ini dalam page seseorang. Cuba tengok betul-betul, siapa dalam gambar ini.

Skim Takaful Berkelompok ATM (Repost from PALAPES.com)

Insuran bagi PALAPES

Latihan PALAPES merupakan satu latihan yang begitu lasak dan mencabar. Kita seringkali terdengar kemalangan dan kecelakaan yang tidak diingini berlaku semasa pegawai kadet menjalani latihan. Adakah anda pernah terfikir bahawa anda semua dilindungi insuran ataupun tidak. Untuk pengetahuan anda, Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia yang telah diwujudkan memberi peluang kepada anggota PALAPES turut sama menyertai skim tersebut.

Sebagai seorang pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia, anda berhak menyertai skim ini bagi tujuan perlindungan. Bertanyalah kepada ajutan atau pegawai latih anda mengenai perlindungan insuran hari ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web koperasi tentera.

Welcome

Selamat datang ke blog PALAPES Udara UMS-KAL






Untuk pengetahuan semua, blog ini dicipta untuk semua anggota PALAPES Udara UMSKAL untuk berkongsi sebarang maklumat, membuat pengumuman penting, berkongsi pengalaman dan pelbagai lagi benda-benda yang berfaedah yang difikirkan baik untuk blog ini.

Penulis blog ini merupakan semua anggota PALAPES Udara UMS-KAL, dan mana-mana anggota yang berminat untuk menyumbang penulisan anda di sini, bolehlah e-mailkan hasrat anda di rotu.airforce.umskal@gmail.com

Hasrat anda amatlah dialu-alukan.

Sekian.